Setelah sudah dikategorikan mempunyai sifat negatif, maka tidak

Setelah mendengar, kaunselor perlu memproses dan membuat pentafsiran terhadap maklumat yang disampaikan oleh klien. Secara tidak langsung, kaunselor dapat memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya. Dalam peringkat ini, kaunselor perlu mendapat kefahaman terhadap klien dan isunya. Pengunaan bahasa isyarat oleh klien seperti gerak geri badan, memek muka ataupun pergerakan anggota badan membawa maklumat yang tersirat. Ini dapat membantu kaunselor untuk memahami dengan lebih jelas dan lanjut tentang apa yang disampaikan secara lisan. Untuk melicinkan peringkat memahami dalam kaunseling, amat penting bagi kaunselor memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan itu, kaunselor dapat benar-benar memahami maklumat klien dengan lebih sempurna.
Perbezaan budaya antara kaunselor dengan klien menjadi halangan atau cabaran semasa memahami. Sebagai contoh, perempuan selalu menganggap lelaki tidak faham dan tidak tahu tentang apakah yang sebenarnya diperlukan oleh mereka. Oleh itu, apabila klien wanita bertemu dengan kaunselor lelaki, hubungan mesra susah dijalinkan, sebaliknya akan berlakunya konflik antara lelaki dengan wanita. Selain itu, wujudnya prasangka antara kaunselor dengan klien juga akan menjadi rintangan untuk memahami masalah atau isu yang dihadapi oleh klien. Contohnya, sekiranya seseorang klien sudah dikategorikan mempunyai sifat negatif, maka tidak kira apa yang diperkatakan olehnya, maklumat yang difahami adalah dalam rangka kerja stereotaip kaunselor.
Merujuk kepada kajian kes Nur Liyana Binti Mohamed Johan, seorang anak tunggal lelaki yang berumur 13 tahun sering ponteng sekolah terutamanya apabila hari tersebut ada mata pelajaran Matematik. Tingkah laku ini memang sudah menjadi kebiasaan dan kelaziman kepada klien ini sejak di bangku sekolah rendah lagi. Keadaan ini disokong lagi dengan tiada tindakan yang diambil oleh ibu bapa klien tersebut. Alasannya adalah tidak berminat dengan mata pelajaran Matematik dan dia tidak pernah lulus setiap kali menduduki ujian Matematik sejak dari sekolah rendah. Hal ini menyebabkan klien ini sudah putus asa dan menganggap Matematik adalah susah. Setelah memahami keadaan klien ini, kaunselor boleh memikirkan kepelbagaian cara untuk memupuk atau menarik minatnya terhadap mata pelajaran Matematik. Oleh itu, kaunselor boleh membimbing klien ini menyelesaikan masalah kehidupan dengan teknik Matematik dalam bentuk permainan ataupun yang lebih seronok. Ini dapat mendorongnya suka dan yakin diri semasa membuat soalan Matematik.

x

Hi!
I'm Owen!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out