Dalam adalah untuk signified dan objek pula sebagai signifier.

Dalam
perkembangan dunia teknologi, iklan di internet sering dilihat kerana ianya
lebih mudah dan pantas untuk dilayari. Ianya menjadi pilihan pemilik syarikat
atau penjual untuk menghebahkan produk mereka berikutan dengan penjimatan kos
serta menjimatkan tenaga berbanding membuat promosi secara terang-terangan.

Analisa semiotik telah diperkenalkan
oleh Ferdinand de Saussure juga merupakan pengasas semiologi. Manakala Pierce
pula dikenali sebagai pengasas semiotik (Berger, 2000). Menurut Danesi (2004),
kedua-duanya mempunyai persamaan dalam menganalisis berkenaan tanda, akan
tetapi melalui pendekatan yang berbeza. Merujuk teori Ferdinand de Saussure,
kajian mengenai tanda tidak terkecuali daripada dua perkara (dikotomi) iaitu tanda (signifier) dan penanda (signified). Lain pula pendapat bagi
Peirce yang mengetengahkan trikonomi iaitu ikon, indeks dan simbol. (Danesi,
2004).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Peirce mengemukakan tanda adalah sesuatu
yang berbentuk fizik yang dapat dikenali oleh pancaindera manusia khususnya
mata (Ghazali Daimin, 2015). Menurut Ghazali Daimin (2015), Peirce mengatakan
tanda terdiri daripada simbol (tanda yang muncul kesepakatan), ikon (tanda yang
muncul dari perwakilan fizik) dan indeks (tanda yang muncul dari hubungan sebab
dan akibat) elemen interpretant atau
pengguna tanda merupakan konsep pemikiran daripada orang yang menggunakan
sesuatu tanda dan tanda tersebut mempunyai satu makna yang ingin disampaikan
kepada orang lain (Ghazali Daimin, 2015). Contohnya, seorang gadis memakai baju
kurung menampakkan dia sebagai simbol gadis Melayu pada pandangan orang ramai.

Menurut Ghazali Daimin (2015), Saussure
mengatakan bahawa penanda dilihat sebagai bentuk atau fizik dapat dikenali
melalui wujud karya seni bina. Petanda dikatakan sebagai makna yang terungkap
melalui konsep, fungsi dan nilai-nilai yang ada di dalam karya seni bina.
Kewujudan elemen semiotik yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure ini
merupakan hubungan antara ‘petanda’ dan ‘penanda’ atau kebiasaanya dikenali
sebagai ‘signifikasi’ (Ghazali Daimin, 2015). Semiotik signifikasi merupakan
sistem berasaskan peraturan kesepakatan sosial. Ianya diperlukan dalam
penghuraian erti bagi kategori semiotik. Dalam hubungan berkomunikasi,
seseorang akan menggunakan sign
(tanda) untuk memberikan maksud mengenai objek dan penerima akan memahami tanda
tersebut. Saussure menyebut objek itu sebagai referent iaitu lebih kurang maksudnya seperti yang dinyatakan oleh
Peirce bahawa interpretant adalah
untuk signified dan objek pula
sebagai signifier. Namun perbezaannya
di sini, Saussure mengatakan ‘objek’ sebagai rujukan serta sebagai unsur
tambahan dalam proses penandaan. Contoh yang boleh diberi, seseorang menyebut
perkataan anjing (signifier) dalam
nada marah. Sejurus itu, hal tersebut merupakan tanda (signified). Boleh dikatakan, signifier
dan signified itu adalah satu
persamaan yang tidak dapat dipisahkan seperti dua sisi dari sehelai kertas
(Sobur, 2006).

Menurut Stokes (2003), analisis semiotik
bermula dengan definisi objek analisis dan pengumpulan teks (kumpulan tanda)
yang akan dianalisa. Seterusnya, tanda-tanda yang ada di dalam iklan yang telah
dikaji akan disenaraikan. Analisis semiotik dilakukan terhadap tanda-tanda
tersebut akan meliputi analisis yang terdiri daripada bentuk, warna, gambar dan
tulisan. Pada peringkat seterusnya, hasil analisa tersebut akan dihuraikan oleh
pengkaji sebagai sebuah interpretasi dari teori tanda Peirce.

Teknik yang digunakan dalam kajian ini
adalah teknik kualititatif. Di mana kaedah ini lebih kepada analisa berdasarkan
pemerhatian sesuatu objek atau visual oleh pengkaji dalam kajian mereka
(Ghazali Daimin, 2015). Melalui analisa kualititatif ini, kumpulan data yang
diteliti tidak dapat diukur dalam sistem matematik. Kajian dalam kaedah ini
merupakan lebih pengamatan serta sesi pemerhatian terhadap bahan kajian
(Ghazali Daimin, 2015). Iklan yang telah dikumpul akan dibuat pemerhatian
melalui subjek-subjek yang ada dalam iklan serta menganalisa makna iklan
tersebut.

x

Hi!
I'm Owen!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out